Pihak kerajaan telah membuka permohonan untuk subsidi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (carseat) sebanyak 50% atau sehingga RM150 yang telah diumumkan dalam Bajet 2022.
Syarat kelayakan
- Penerima bantuan dari kalangan B40 kategori isi rumah
- Berkahwin dan mempunyai anak / anak angkat / anak jagaan berusia kurang daripada 12 tahun
- Ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak berusia kurang daripada 12 tahun
- Anak angkat mestilah berdaftar dengan JPN
- Warganegara yang menetap di Malaysia
Permohonan
Permohonan telah dibuka mulai 1 Mac 2022 sehingga 30 September 2022 yang boleh dilakukan di http://www.mycrs.gov.my/.

Untuk soalan lazim subsidi ini, sila rujuk di sini.