Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan DanaNITA atau Skim Pembiayaan Perniagaan Khusus Untuk Wanita meliputi modal pusingan serta pembelian mesin dan peralatan dengan had pembiayaan sehingga RM150,000.
Syarat kelayakan
- Warganegara dan Bumiputera berumur 18-60 tahun
- Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
- Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
- Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online)
- Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa
- Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
- Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam (6) bulan terkini
- Perniagaan patuh Syariah
- Bebas dari senarai hitam MARA
Permohonan
Permohonan boleh dibuat sehingga 31 Disember 2022 melalui portal rasmi MARA.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di sini. Soalan lazim (FAQ) skim ini boleh dimuat turun di sini