Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR PERKESO)

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) akan dilaksanakan oleh PERKESO pada 1 Disember 2022.

Skim ini bertujuan untuk menjaga kebajikan dan melindungi golongan suri rumah jika berlakunya sebarang bencana domestik atau menghidapi apa-apa penyakit yang menjejaskan keupayaan suri rumah dalam menguruskan rumah tangga.

Berkuat kuasa 1 Disember 2022, skim akan memberi perlindungan kepada golongan wanita, sama ada suri rumah sepenuh masa atau separuh masa.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
  • Belum mencapai umur 55 tahun
  • Suri rumah yang melakukan aktiviti berkaitan pengurusan rumah tangga.
  • Membayar caruman bagi tempoh 12 bulan secara terlebih dahulu (advance payment).


Tarikh Pelaksanaan

Berkuat kuasa 1 Disember 2022.

Cara Permohonan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR PERKESO)

Untuk memohon, sila layari laman web PERKESO.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman web https://www.perkeso.gov.my/ atau rujuk laman Facebook Pertubuhan Keselamatan Sosial

Anda juga boleh salurkan pertanyaan anda melalui Pegawai Khidmat Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel kepada perkeso@perkeso.gov.my

Sumber: Facebook PERKESO
https://www.facebook.com/152196891459846/posts/5841807669165378/

INISIATIF TERKINI

Wanita dan Keluarga

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Wanita dan Keluarga