Orang ramai di Negeri Selangor yang terjejas akibat banjir boleh memohon bantuan Zakat Selangor Peduli menerusi Lembaga Zakat Selangor. Zakat Selangor Peduli merupakan bantuan secara ‘one-off’ yang diperkenalkan untuk orang awam yang terjejas teruk akibat banjir.
Bantuan ini diberikan untuk meringankan kesusahan orang ramai untuk memulakan semula kehidupan mereka semula selepas ditimpa bencana banjir yang melanda di tempat mereka.
Jumlah Bantuan
Bantuan yang akan diberikan oleh pihak LZS Peduli adalah sebanyak RM600.
Syarat Kelayakan
- Pemohon mestilah beragama Islam.
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia atau permastautinan tetap.
- Lahir dan menetap di Selangor (bermastautin) di negeri Selangor sekurang-kurangnya 1 tahun atau lebih.
Permohonan
Tarikh tutup permohonan
Permohonan dibuka sehingga 31 Januari 2023 secara online.
Cara Memohon
- Layari laman sesawang Lembaga Zakat Selangor
- Klik ‘Mohon Bantuan Banjir Sekarang.’
- Masukkan kod ‘Captcha’ dan no kad pengenalan diikuti dengan butang ‘Semak.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Hantar Permohonan.’
- Kemudian isi maklumat yang diperlukan.
- Upload dokumen yang diperlukan.
- Lengkapkan permohonan sehingga selesai.
Dokumen Yang Diperlukan
Senarai dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti:
- Asnaf fakir, miskin, dan muallaf
- Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.
- Penyata akaun bank.
- Bukan Asnaf
- MyKad ketua keluarga dan tanggungan.
- Laporan polis/pengesahan pimpinan masyarakat.
- Penyata akaun bank.
Proses Pembayaran
Pembayaran akan dibuat menerusi kaedah berikut:
- Akaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran.
- Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama.
- Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas.
Nota: Bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank pula, mereka akan dipertimbangkan menggunakan kaedah bayaran secara tunai, baucer tunai atau pembayaran terus ke pihak ketiga. Untuk mereka yang tiada akaun bank, sila berhubung dengan pegawai operasi agihan daerah atau penolong amil kariah berhampiran.
Maklumat lanjut mengenai Zakat Selangor Peduli, sila layari laman web https://www.zakatselangor.com.my/peduli/ atau menghubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343.