Kerajaan negeri Pahang telah melancarkan program Anak Kebanggaan Pahang 2022 (Pahang Pride Kid 2022). Program ini bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa yang memerlukan bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan bayi dan ibu bersalin.
Kadar bantuan
Insentif yang diberikan adalah berjumlah RM300. Permohonan terbuka kepada semua pihak.

Syarat-syarat kelayakan
Antara syarat kelayakan adalah:
1. Bayi dilahirkan sebagai Warganegara Malaysia
2. Bayi dilahirkan di negeri Pahang
Untuk mendaftar, sila imbas kod QR yang tertera pada poster di atas atau klik di sini.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai bantuan ni, anda boleh layari laman sesawang Portal Kerajaan Negeri Pahang, laman Facebook Kerajaan Negeri Pahang, atau hubungi talian 09-512 6600. Anda juga boleh hubungi talian yang tertera dalam poster di atas.
Sumber:
Laman Facebook Kerajaan Negeri Pahang
https://www.facebook.com/pahang.gov/posts/pahang-pride-kid-2022program-anak-kebanggaan-pahangprogram-ini-merupakan-inisiat/1381862608920634/