Pendaftaran Anak Kurang Upaya Tanggungan Pesara

Anak OKU yang mengalami ketidakupayaan kekal sebelum mencapai usia 21 tahun yang telah disahkan oleh Pakar Perubatan Kerajaan dan berada di bawah tanggungan pesara, boleh memohon untuk didaftarkan sebagai anak OKU tanggungan pesara Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Syarat-syarat atau kelayakan anak kurang upaya tanggungan pesara:

  • Ketidakupayaan otak atau hilang upaya dari segi jasmani;
  • Ketidakupayaan itu kekal;
  • Tidak berupaya menanggung (menyara) dirinya sendiri; dan
  • Ketidakupayaan hendaklah berlaku sebelum mencapai umur 21 tahun.

Nota: Bagi anggota/pegawai yang dilantik sebelum 16.5.1986, syarat “ketidakupayaan anak mesti berlaku sebelum umur 21 tahun” adalah tidak terpakai, kecuali bagi kes kecelaruan mental sahaja.

Faedah yang bakal dinikmati oleh anak kurang upaya tanggungan pesara:

  • Layak mewarisi pencen terbitan setelah kematian penjawat awam atau pesara (sepanjang hayat); dan
  • Layak menikmati kemudahan perubatan (sepanjang hayat).

Kategori Anak Kurang Upaya Tanggungan Pesara

Anak kurang upaya tanggungan pesara terbahagi kepada 3 jenis kategori:

  • Anak yang mengalami ketidakupayaan otak;
  • Anak yang mengalami ketidakupayaan anggota (jasmani); dan
  • Anak yang mengalami kecelaruan mental atau mental disorder.

Pengesahan boleh dibuat oleh Pakar Perubatan Kerajaan berkenaan ketidakupayaan yang dialami anak OKU. Pengesahan perlulah dibuat dengan menggunakan borang baharu yang telah dikemaskini. Untuk memuat turun borang tersebut, sila klik pada pautan berikut:

Borang Permohonan Bantuan Anak Kurang Upaya Tanggungan Pesara Kerajaan

Pastikan ruangan yang wajib diisi, dilengkapkan sebaiknya.

Sertakan bersama salinan Kad OKU dan panjangkan permohonan kepada pihak Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Cyberjaya (melalui surat / serahan tangan) ataupun kemukakan melalui e-mel (imbas dengan jelas) ke alamat mypesara@kwap.gov.my.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Garis Panduan Pendaftaran Anak Kurang Upaya Tanggungan Pesara yang telah disediakan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian berikut:

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (Semenanjung)
Email Aduan/Pertanyaan/Rayuan: bp_pnp@jpa.gov.my
Tel : 03-88854014

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) – KWAP
Email Aduan/Pertanyaan/Rayuan: mypesara@kwap.gov.my
No. Tel. Pusat Panggilan Setempat: 03-8887 8777 

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (Cawangan Sabah)
Email Aduan/Pertanyaan/Rayuan: bp_pnp@jpa.gov.my
Tel: 088-488661/088-488662/088-488663
Faks: 088-488664/088-488665

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (Cawangan Sarawak)
Email Aduan/Pertanyaan/Rayuan: bp_pnp@jpa.gov.my
Tel: 082-251818/082-241144
Faks: 082-250126

INISIATIF TERKINI

Wanita dan Keluarga

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Wanita dan Keluarga