Insentif MamaKerja RM1000

Pengenalan

Kerajaan Selangor menerusi Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat melancarkan insentif penjagaan anak bagi wanita bekerja atau Insentif Mamakerja dengan menawarkan RM1,000 kepada seramai 5,000 ibu bekerja bagi meringankan beban penjagaan anak-anak terutamanya dari segi kos.

Syarat Kelayakan Permohonan

  • Wanita bekerja dan mempunyai majikan
  • Bukan penerima intensif program ASUH PINTAR atau BINGKAS atau TUNAS
  • Berdaftar dengan LHDN atau mempunyai caruman KWSP
  • Berpendapatan isi rumah sebanyak RM8,000 dan ke bawah
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 3 orang anak berumur 12 tahun dan ke bawah
  • Rakyat Selangor (lahir atau bermastautin melebihi 10 tahun) dan mengundi di Selangor

Permohonan

Permohonan perlu dibuat menerusi aplikasi Selangkah di Google Playstore atau Apple App Store bermula 1 November 2023 (Rabu)

Sebarang pertanyaan berhubung insentif ini boleh diajukan kepada talian hotline Selcare 1-800-22-6600.

INISIATIF TERKINI

Wanita dan Keluarga

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Wanita dan Keluarga