Pihak kerajaan menyediakan insentif khas untuk golongan suri rumah melalui insentif i-Suri. Insentif ini merupakan caruman sukarela dengan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP). Suri rumah yang mendaftarkan diri untuk insentif ini turut menerima beberapa manfaat sebagai ahli KWSP seperti dividen tahunan, bantuan hilang upaya, bantuan kematian RM2500, pengeluaran simpanan serta insentif khas.
Suri rumah yang berdaftar dalam pangkalan data e-Kasih setakat 30 November 2020 layak menerima insentif ini terhad kepada dua kategori iaitu isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) dan KIR Wanita.
Bayaran caruman i-Suri boleh dilakukan dengan menggunakan Borang KWSP 6A(2) boleh dilakukan di kaunter ejen Bank atau kaunter KWSP atau melalui perbankan internet. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/insentif-suri.