Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK) negeri Sarawak menawarkan Endowment Fund Sarawak (EFS) untuk anak kelahiran Sarawak mulai tahun 2019 bagi membantu persediaan melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi dan memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.
Syarat permohonan adalah seperti berikut;
- Warganegara Malaysia yang lahir di Sarawak atau di luar Sarawak
- Kedua-dua atau seorang daripada ibubapa pemegang MyKad berstatus ‘K’
- Dimohon semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran
Untuk anak angkat, haruslah menepati syarat berikut;
- Kedua-dua atau salah seorang ibubapa angkat pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’; dan
- Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah
Pendaftaran inisiatif ini boleh dilakukan di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Sarawak atau melalui aplikasi iSarawakCare yang boleh dimuat turun di Google Play Store atau Apple App Store. Maklumat lanjut boleh didapatkan di sini.
Sumber;