Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK) negeri Sarawak menawarkan Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BKPBP) khas untuk pesakit buah pinggang kumpulan B40 dan M40.
Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:
- Tiada had umur
- Pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ dan menetap di Sarawak
- Bukan penjawat awam, pesara awam da pencarum PERKESO
- Tergolong dalam Kumpulan B40 atau M40 dengan pendapatan per kapita tidak melebihi RM1020.00 sebulan atau mengikut paras garis kemiskinan (PGK) semasa; dan
- Tidak mendapat subsidi rawatan dan bantuan pengangkutan daripada mana-mana agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan; atau
- Penerima bantuan tetapi masih memerlukan bantuan sokongan seperti bantuan pengangkutan (case by case basis)
Bantuan yang disediakan dalam inisiatif ini ialah;
- BANTUAN KLINIKAL
Bil Jenis Bantuan Had Bantuan RM/Kekerapan
- Pemasangan AVF RM3000.00/1 kali
- Rawatan Hemodialisis
- Pusat Rawatan NGO RM100.00 per sesi/(13 sesi sebulan)
- Pusat Rawatan Swasta RM200.00 per sesi/(13 sesi sebulan)
- Suntikan EPO RM240.00 sebulan/Mengikut keperluan sebulan
- Rawatan CAPD RM2800.00 sebulan/Keperluan sebulan
- BANTUAN SOKONGAN
- Bantuan Pengangkutan 50.00 per sesi/13 sesi sebulan
- Bantuan Transplan 5000/1 kali
Borang permohonan boleh dimuat turun di sini dan perlu lengkap diisi sebelum dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://isarawakcaregov.com/untuk-kesihatan/#.
Sumber: