Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak diberikan kepada bayi kelahiran Negeri Perak mulai tahun 2010 sebagai simpanan permulaan menerusi Skim Simpanan Pendidikan Tinggi (SSPN-i) di bawah PTPTN telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak.
Kadar bantuan
Simpanan sebanyak RM 200 diberikan menerusi Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional (SSPN-i).
Syarat kelayakan
- Penerima manfaat (anak) hendaklah berwarganegara Malaysia serta merupakan anak kelahiran Negeri Perak mulai 1 Januari 2010 selepas jam 12.00 tengah malam;
- Pendapatan isi rumah perlulah di bawah RM 5,000 sebulan (mulai 1 Januari 2019);
- Permohonan dibuka sepanjang tahun

Permohonan
Kepada yang berminat, anda boleh mendapatkan borang permohonan melalui:
- Pejabat Yayasan Perak;
- Pejabat PTPTN Cawangan Negeri Perak;
- Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN atau;
- Muat turun dari laman Web Yayasan Perak melalui pautan ini.
Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi di talian 05 255 2929/253 7779.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari pautan ini.