SKIM INSURAN HAYAT SELANGOR (INSAN)

Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) merupakan jaringan keselamatan sosial yang bertujuan memberi pampasan sebanyak RM10,000 kepada setiap rakyat dan pengundi Selangor, sekiranya berlaku kematian, kemalangan atau penyakit mengikut jenis.

Ia merupakan perlindungan insurans am berkumpulan dengan kos premium ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

Program ini akan memberi manfaat kepada setiap rakyat dan pengundi Selangor yang berumur 30 hari sehingga 80 tahun terutamanya golongan M40 dan B40. Skim ini layak dimohon oleh pelbagai peringkat masyarakat tanpa mengira kaum atau jantina.

Menurut Menteri Besar, Selangor dipercayai menjadi negeri pertama di Malaysia yang memberikan perlindungan keselamatan kepada penduduknya tanpa mengira latar belakang. Perkara ini diumumkan melalui Ucapan Hari Kebangsaan Dato Menteri Besar Selangor pada 31 Ogos 2022 yang lalu.

Syarat Kelayakan

Anda layak untuk mendaftar JIKA anda memenuhi salah satu kriteria di bawah:

  • Nombor kad pengenalan anda didaftarkan di negeri Selangor
  • Alamat terkini anda didaftarkan di dalam negeri Selangor
  • Anda adalah pengundi untuk negeri Selangor

Pendaftaran

Tempoh pendaftaran dibuka bermula 1 Oktober 2022 – 30 September 2023. Tempoh insurans adalah 12 bulan dari tarikh polisi dikeluarkan.

Berikut merupakan beberapa cara untuk mendaftar:

  • Pendaftaran Online
    • Muat turun dan daftar aplikasi e-Wallet WavPay
    • Klik pada banner program yang tertera pada aplikasi tersebut (rujuk gambar di atas)
    • Lengkapkan maklumat sehingga proses selesai
  • Pendaftaran Manual
    • Pendaftaran secara manual juga boleh dibuat menerusi pusat khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Untuk maklumat lanjut dan maklumat terkini mengenai skim ini, layari  https://wavpay.net/insan-selangor/. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh emaikan kepada insanbantuan@wavpay.net atau hubungi talian berikut:

Talian 1: +60162504199 (Malay/Tamil/English)
Talian 2: +60164354199 (Malay/Mandarin/English)
Talian 3: +60164474199 (Malay/Mandarin/English)
Talian 4: +60162534199 (Malay/English)
Talian 5: +60162514199 (Malay/Tamil/English)
Talian 6: +60169256627 (Malay/Mandarin/English)
Talian 7: +60102846627 (Malay/Tamil/English)
Talian 8: +60109206627 (Malay/Tamil/English)
Talian 9: +60168416627 (Malay/Mandarin/English)
Talian 10: +60105616627 (Malay/English)

Sumber:
Facebook Friends of Selangor
https://www.facebook.com/1772535526329042/posts/3237391849843395/

INISIATIF TERKINI

Sosial

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Sosial