Program Sayangi Rumahku Yayasan Perak

Kerajaan negeri Perak menyediakan bantuan perumahan (baik pulih atau bina baharu) khas untuk golongan miskin dan miskin tegar di negeri tersebut melalui Program Sayangi Rumahku Yayasan Perak. Bagi kategori baik pulih, bantuan hanya terhad kepada pembaikpulihan yang melibatkan komponen asas rumah. Manakala, bantuan pembinaan rumah baharu termasuk pembinaan baharu satu bilik, pembinaan baharu dua bilik dan pembinaan baharu tiga bilik.

Borang permohonan boleh dimuat turun di pautan ini; https://bit.ly/3iXpiyI. Permohonan anda boleh dikemukakan kepada Yayasan Perak di ibu pejabat atau pejabat cawangan Yayasan Perak.


Untuk maklumat lanjut, sila layari http://yayasanperak.gov.my/v5/sayangi-rumahku/.

INISIATIF TERKINI

Sosial

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Sosial