Program Sayangi Rumahku merupakan satu bantuan baik pulih dan rumah tanpa bayaran khas buat rakyat negeri Perak yang mengalami kerosakan rumah dan rumah yang telah uzur/usang.
Bantuan terbahagi kepada dua iaitu:
- Bantuan Baik Pulih (Bantuan bagi yang mempunyai rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki).
- Bantuan Bina Baharu (Bantuan bagi yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur atau tidak selamat diduduki.
Syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia dan berstatus kahwin;
- Menetap atau bermastautin di Negeri Perak melebihi 10 tahun serta berumur 45 tahun ke atas;
- Mestilah berdaftar di dalam E-Kasih atau disahkan miskin oleh Penghulu / Ketua Kampung;
- Status tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki (bagi permohonan Bina Baharu);
- Belum pernah menerima apa-apa bantuan perumahan dari agensi lain;
- Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih).

Permohonan
Kepada warga Perak yang berminat, anda boleh mendapatkan borang permohonan secara perciuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial), Pejabat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak melalui pautan ini.
Untuk pertanyaan lebih lanjut, anda boleh menghubungi di talian 05 255 2929 / 05-246 0998.
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan ini.