PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN (PPRT)

Pengenalan

PPRT merupakan salah satu program di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Skop PPRT terbahagi kepada 2 kategori, iaitu:

  1. Bina Baharu
    Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
  2. Baik Pulih
    Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah sahaja. (Contoh : Bumbung, atap, tangga, tandas, bilik air, pintu, dinding,lantai, tingkap, pendaiwaian elektrik, perpaipan dan lain-lain)

    Penyiapan rumah dalam pembinaan TIDAK termasuk dalam skop baik pulih.

Syarat Kelayakan Permohonan

Semak syarat-syarat kelayakan DI SINI

Cara Permohonan

  • Layari laman web https://e-spkr.rurallink.gov.my/v1/online/index.php?data=cGVybW9ob25hbjtzZW1ha2FuLnBocDs7Ow==
  • Masukkan no kad pengenalan dan tekan butang ‘Semak’
  • Jika anda layak, lengkapkan permohonan anda hingga selesai

Untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan bantuan ini, anda boleh rujuk DI SINI.

INISIATIF TERKINI

Sosial

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Sosial