Petron Malaysia telah membuka bank makanan di 190 stesen minyak Petron. Orang ramai yang memerlukan bantuan dialu-alukan untuk pergi ke stesen minyak Petron terpilih yang berdekatan untuk mengambil barangan yang diperlukan. Petron Malaysia juga turut mengalu-alukan orang ramai untuk menyumbang makanan dan keperluan asas di stesen yang terpilih.
Untuk senarai stesen minyak yang terpilih, sila layari https://www.petron.com.my/covid-19/.
Sumber:
https://www.facebook.com/PetronMalaysia/posts/1878661338983091