Permohonan Rumah Harapan Rakyat (RHR) Tahun 2023

Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan Program Rumah Harapan Rakyat bermula pada tahun 2021. Rumah Harapan Rakyat merupakan sebuah bantuan pinjaman perumahan khusus untuk rakyat Negeri Sembilan.

Program ini adalah kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk membina satu (1) unit rumah untuk golongan B40 yang masih belum memiliki rumah dan ingin membina rumah di atas bidang tanah masing-masing.

Kos pembiayaan perumahan

Bagi tahun 2023, harga seunit rumah yang akan dibina adalah sebanyak RM85,000.00, manakala amaun pinjaman pembiayaan oleh pemohon adalah sebanyak RM75,000.00 sahaja.

Pinjaman pembiayaan ini adalah tanpa faedah dan bayaran balik selama 300 bulan (25 tahun).

  • Harga Seunit – RM85,000.00
  • Pinjaman Pembiayaan – RM75,000.00
  • Bayaran Deposit 5% – RM3,750.00
  • Bayaran Balik – RM238.00 sebulan selama 300 bulan (25 tahun)

Permohonan

Cara permohonan

Individu yang berminat dengan program RHR ini boleh memuat turun borang permohonan dari Laman Sesawang Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan.

Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu dihantar melalui serahan tangan ke alamat berikut:

Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan
(Bahagian Pembangunan Strategik)
23-H, Tingkat 1, Jalan Zaaba,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

Tempoh permohonan

Permohonan bagi RHR bagi tahun 2023 ini dibuka sehingga 14 April 2023.

Syarat permohonan
  • Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 50 tahun (keutamaan kepada anak Negeri Sembilan).
  • Keutamaan diberikan kepada yang berkahwin.
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami.
  • Memiliki tanah (Hak Milik Penuh / Perkongsian), tanah tersebut bersesuaian bagi pembinaan RHR dan bebas dari sebarang gadaian / bebanan ke atasnya.
  • Keluasan minimum tanah adalah tidak kurang 2,500 kaki persegi atau 232 meter persegi.
  • Tanah untuk tapak rumah mestilah dalam keadaan sedia untuk pembinaan. Keadaan bentuk muka bumi adalah rata serta bebas daripada sebarang halangan dan tumbuhan luar. Tanah hendaklah boleh diakses oleh kenderaan berat.
  • Keutamaaan kepada pemohon dalam kategori miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam sistem e-kasih.
Tanggungjawab pemohon

Bagi individu yang berminat dengan Rumah Harapan Rakyat ini, pastikan anda mengikuti prosedur-prosedur berikut:

  • Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
  • Menandatangani perjanjian pembiayaan dan membayar duti setem
  • Membuat pembayaran deposit 5% (RM3,750)
  • Menyediakan jalan keluar masuk ke tapak pembinaan melalui spesifikasi
  • Menyediakan dan membuat pemyambungan sumber bekalan air dan elektrik
  • Membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi nombor tertera di bawah:

Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan
(Bahagian Pembangunan Strategik)
23-H, Tingkat 1, Jalan Zaaba,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel: 06 761 6871
Faks: 06 761 6877

INISIATIF TERKINI

Sosial

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Sosial