Permohonan Baik Pulih Rumah Majlis Daerah Baling 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Baling, Kedah kini membuka permohonan bagi baik pulih rumah bagi warga Baling yang menetap dalam kawasan operasi PBT.

Inisiatif yang dilancarkan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) demi mengurangkan beban tanggungan keluarga miskin di bandar, meningkatkan keupayaan dan kualiti hidup keluarga miskin di bandar demi kesejahteraan komuniti dalam kontek kemakmuran bersama.

Kriteria Permohonan Baik Pulih Rumah Majlis Daerah Baling 2023

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang menetap dalam kawasan operasi PBT sahaja;
  • KIR yang disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih sama ada Kumpulan B40, Miskin Tegar atau Miskin;
  • Bagi yang tidak berdaftar dalam Sistem eKasih, KIR hendaklah disahkan dalam Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah;
  • Rumah daif di bandar yang mengalami kerosakan kecil disebabkan faktor usia atau musibah seperti kebakaran, banjir dan ribut;
  • Rumah masih boleh diduduki dan masih ekonomik untuk dibaiki.

Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Disember 2022.

Borang permohonan boleh diambil di kaunter khidmat pelanggan Majlis Daerah Baling bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Ahad-Rabu) dan 8.00 pagi hingga 3.30 petang (Khamis) atau muat turun di sini.

Dokumen Sokongan

  • Salinan Kad Pengenalan Ketua Isi Rumah (KIR)
  • Gambar Penuh Rumah (dari luar)
  • Gambar Kerosakan (Sila nyatakan jenis kerosakan)
  • Baik Pulih Rumah Majlis Daerah Baling

Untuk keterangan lanjut mengenai Permohonan Baik Pulih Rumah bagi warga daerah Baling, sila hubungi Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat di talian 04-4701800 atau layari laman Facebook rasmi Majlis Daerah Baling.

Sumber: https://www.facebook.com/100064390582991/posts/507766338046381/

INISIATIF TERKINI

Sosial

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Sosial