Dalam menghadapi pelbagai cabaran menentang Covid-19, ramai yang menghulurkan bantuan kepada mereka yang mengalami kesukaran untuk meneruskan kehidupan seharian.
Sebagai sebuah gerakan rakyat membantu rakyat, Kitajaga.co menjadi sebuah platform maya untuk orang ramai membantu dan meminta bantuan. Dengan paparan yang ringkas, laman sesawang Kitajaga.co sangat mudah digunakan kerana orang ramai boleh melihat lokasi mereka yang meminta bantuan.
Di laman utama, klik “Saya Perlu Bantuan ????” jika anda memerlukan bantuan atau klik “Saya Ingin Bantu ????” jika anda ingin menghulurkan bantuan. Untuk menerima atau menghulurkan bantuan, anda boleh layari https://kitajaga.co/.