TY – TI YOUNG TALENT SCHOLARSHIP PROGRAMME

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Terengganu kini menawarkan TY – TI Young Talent Scholarship Programme bagi pelajar negeri Terengganu yang cemerlang.

Syarat Umum

Antara syarat umum ialah untuk biasiswa ini adalah:

  • Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
  • Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih boleh juga memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
  • Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
  • Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).
  • Keutamaan calon yang mempunyai rekod pencapaian ko-kurikulum yang baik sekurang-kurangnya di peringkat negeri/kebangsaan.

Permohonan

Biasiswa ini boleh dimohon mulai 26 September 2022 sehingga 6 Oktober 2022. Pelajar yang memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh kemukakan permohonan menerusi langkah-langkah berikut :

  • Layari laman web https://yt.gov.my/penajaan/.
  • Klik “Mohon Sekarang.”
  • Klik “Daftar Akaun.”
  • Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik “Daftar.”
  • Login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.

Untuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang YT, sila layari laman web rasmi Yayasan Terengganu di pautan https://yt.gov.my/.

INISIATIF TERKINI

Pendidikan

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Pendidikan