Tawaran Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (PUBDN) 2022 Selangor

Negeri Selangor telah memperkenalkan satu insentif iaitu Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (PUBDN) terbuka kepada pelajar ingin menyambung pengajian di IPTA atau IPTS. Peringkat pengajian yang layak untuk membuat permohonan PUBDN adalah seperti berikut: 

  • Sijil
  • Diploma 
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Perubatan

Kadar pembiayaan

Peringkat Pengajian IPTA/IPTS (Kadar Setahun)UiTM, Politeknik & Kolej Komuniti (Kadar Setahun) 
Sijil RM 3,000.00
DiplomaRM 4,900.00RM 3,500.00
Ijazah Sarjana Muda (Pelbagai dan Veterinar)RM 6,500.00RM 4,500.00
PerubatanRM 7,000.00RM 7,000.00

Syarat permohonan

  • Pemohon dan ibu bapa merupakan warganegara Malaysia dan lahir di Selangor; 
  • Sedang bermastautin lebih daripada 10 tahun di Selangor; 
  • Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Perubatan; 
  • Sedang mengikuti pengajian di IPTA seluruh Malaysia atau IPTS dalam Negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang diiktiraf oleh Kerajaan secara sepenuh masa; 
  • Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (biasiswa, pinjaman atau dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar; 
  • Pendapatan isi rumah (ibu dan bapa) hendaklah tidak melebihi RM 20,000 sebulan (gaji pokok).
Tawaran Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (PUBDN) 2022 Selangor

Permohonan

Kepada anak Selangor yang berminat, anda boleh melakukan permohonan secara dalam talian melalui pautan ini. Anda boleh melakukan bermula 3 Jun sehingga 31 Julai 2022.

Sumber:

https://www.facebook.com/yayasanperakYP/posts/pfbid0QFUyAx6bzqd8TF7XZHASstwamGRj1hniCATfByEm3b59MwcGerbBoJ4NrYV3zbSUl

INISIATIF TERKINI

Pendidikan

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Pendidikan