Permohonan Biasiswa Yayasan KLK kini dibuka untuk pelajar IPT yang berkelayakan.

Antara syarat kelayakan untuk memohon:
- Warganegara Malaysia
- Boleh bertutur dan menulis bahasa Inggeris.
- Aktif dalam aktiviti kokurikulum
- Mendapat tawaran daripada institusi pengajian tinggi
- Tidak terikat sebarang biasiswa lain atau menerima bantuan daripada mana-mana organisasi
- Bon 3 tahun bersama Kumpulan KLK di mana-mana penempatan selepas tamat pengajian.
Antara bidang pengajian yang diberikan keutamaan adalah:
- Sains Pertanian, Kejuruteraan Biosistem Pertanian, Perhutanan, Sains Hortikultur, Biologi Tumbuhan, Pengurusan Perladangan, Sumber Tumbuhan atau bidang berkaitan.
- Kejuruteraan (Awam, Kimia, Mekanikal, Elektrik dan Instrumentasi).
- Perakaunan atau Kewangan.
- Teknologi Maklumat (Sains Komputer, Kejuruteraan Perisian atau setara).
- Kelestarian (Pengurusan Alam Sekitar, Sains & Teknologi Alam Sekitar atau bidang berkaitan).
Permohonan
- Untuk memohon, sila muat turun borang permohonan di sini.
- Permohonan mestilah diserta bersama beberapa dokumen sokongan seperti sijil SPM, STPM (atau setaraf) dan surat tawaran institusi pendidikan tinggi.
- Permohonan yang lengkap boleh dihantar ke alamat emel Yayasan KLK yayasan@klk.com.my
- Atau boleh diposkan ke alamat berikut:
Permohonan Biasiswa Yayasan KLK,
Kuala Lumpur Kepong Berhad,
Wisma Taiko, No 1,
Jalan S.P Seenivasagam,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Biasiswa KLK, sila layari laman sesawang Yayasan KLK.