Para pelajar dari Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di Arab Saudi dengan biasiswa bagi tahun 2023 kini boleh memohon Biasiswa Kerajaan Arab Saudi.
Biasiswa Kerajaan Arab Saudi ini dibuka untuk tahap pengajian yang berikut:
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
- Ijazah Sarjana
- Ijazah Kedoktoran
Selain pengajian dalam bidang keagamaan, pelajar daripada latar belakang lain turut dialu-alukan untuk memohon. Antara bidang pengajian yang layak memohon adalah:
- Sains Politik
- Undang-Undang
- Pengkhususan Pendidikan
- Pentadbiran Perniagaan
- Ekonomi
- Kejuruteraan
- Sains Komputer
- Pertanian
- Syariah
- Pengajian Bahasa
Jenis Biasiswa Ditawarkan
- Geran Percuma
- Di mana pelajar mendapat semua faedah dengan pengecualian sepenuhnya daripada sebarang kewajipan kewangan
- Biasiswa Separa
- Di mana pelajar mendapat semua faedah dengan pengecualian daripada beberapa yuran kewangan
- Kajian Berbayar
- Pengajian adalah dengan yuran kewangan mengikut keperluan pengajian dan peraturan universiti
Pilihan Universiti
Pilihan universiti boleh disemak melalui pautan berikut:
https://studyinsaudi.moe.gov.sa/
Untuk memohon, log in pada laman sesawang Study in the Kingdom of Saudi Arabia. Penukaran bahasa boleh dilakukan dengan klik pada logo “globe”.