Yayasan Pahang kini menawarkan biasiswa IPT.
Biasiswa IPT ini adalah bagi memberi peluang pendidikan kepada anak-anak Pahang yang kurang berkemampuan dan sebagai motivasi kepada pelajar lepasan STPM yang cemerlang.
Kadar Tajaan
Kadar tajaan untuk biasiswa ini adalah sebanyak RM3,000 setahun (elaun sara hidup)

Syarat Kelayakan
- Anak Negeri Pahang Darul Makmur (rujuk Iklan Tawaran)
- Pemohon mestilah memiliki kelulusan STPM Tahun 2021 dengan memperolehi keputusan 4A ATAU 3A (A/A-)
- Tergolong dalam keluarga kumpulan B40 dan M40 (rujuk Iklan Tawaran)
- Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA sahaja dalam negara secara sepenuh masa
- Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik
Permohonan
Permohonan biasiswa ini dibuka mulai 15 September 2022 sehingga 5 Oktober 2022.
Calon boleh lakukan permohonan menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://sispen.yp.org.my/bispen/Home.aspx.
- Klik bahagian ‘Permohonan Biasiswa’
- Masuk di ruangan ‘Log Masuk Dan Pendaftaran’ dan klik pada ‘Pendaftaran Pengguna Baru.’
- Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Baca notis peringatan dan klik skim biasiswa yang ingin dipohon.
- Isi semua maklumat permohonan.
- Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.
- Cetak borang permohonan dan email kepada pinjaman@yp.org.my
Untuk keterangan lanjut mengenai biasiswa ini, sila layari laman web Yayasan Pahang iaitu https://www.yp.org.my/
Sumber: https://www.yp.org.my/biasiswa-ipt-biasiswa-anak-yatim-2022/