Yayasan Pahang kini menawarkan Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang.
Biasiswa Anak Yatim pula diwujudkan untuk memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada anak-anak yatim piatu yang kurang berkemampuan di Pahang bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Kadar Tajaan
Kadar Tajaan adalah sebanyak RM7,000 setahun (yuran pengajian dan sara hidup)

Syarat Kelayakan
- Pemohon, ibu dan bapa dilahirkan di Negeri Pahang.
- Pemohon merupakan anak yatim piatu yang telah kematian ibu dan bapa serta mempunyai ramai adik beradik yang masih bersekolah.
- Pendapatan kasar isi rumah penjaga tergolong dalam kumpulan B40 iaitu berpendapatan RM4,850/bulan dan kebawah.
- Pemohon mestilah memiliki kelulusan SPM atau STPM atau STAM Tahun 2021 (rujuk Iklan Tawaran)
- Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian di IPTA sahaja dalam negara secara sepenuh masa.
- Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.
Permohonan
Permohonan biasiswa ini dibuka mulai 15 September 2022 sehingga 5 Oktober 2022.
Calon boleh lakukan permohonan menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://sispen.yp.org.my/bispen/Home.aspx.
- Klik bahagian ‘Permohonan Biasiswa’
- Masuk di ruangan ‘Log Masuk Dan Pendaftaran’ dan klik pada ‘Pendaftaran Pengguna Baru.’
- Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Baca notis peringatan dan klik skim biasiswa yang ingin dipohon.
- Isi semua maklumat permohonan.
- Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.
- Cetak borang permohonan dan email kepada pinjaman@yp.org.my.
Untuk keterangan lanjut mengenai biasiswa ini, sila layari laman web Yayasan Pahang iaitu https://www.yp.org.my/.
Sumber: https://www.yp.org.my/biasiswa-ipt-biasiswa-anak-yatim-2022/