Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Johor telah membuka tawaran Bantuan Zakat Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi Mac – Ogos 2022 bagi pelajar yang berkelayakan.
Syarat kelayakan
- Beragama Islam;
- Pelajar sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Pra Diploma;
- Pelajar bebas daripada sebarang tindakan tatatertib oleh pihak Universiti;
- Setiap permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja untuk setiap semester.

Permohonan
Setiap pelajar wajib mengemukakan dokumen di bawah:
- Salinan kad matrik pelajar;
- Pengesahan pendapatan / Slip gaji;
- Surat perakuan doktor (jika perlu);
- Sijil kematian (jika perlu)
Semua dokumen di atas perlu dikemukakan dalam bentuk pdf. Anda boleh memohon bantuan ini secara atas talian melalui pautan ini. Anda boleh memohon bermula daripada 03 April 2022 sehingga 30 April 2022.
Sumber:
https://www.facebook.com/unitzsw.uitmj/posts/373110658156358