Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Sejahtera Kulai kini menawarkan Bantuan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta. Bantuan ini ditawarkan bagi pelajar yang bersekolah atau bermastautin dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai.
Kadar bantuan
Kadar bantuan diberikan secara one-off. Bantuan Kemasukan ini adalah terhad kepada 30 orang penerima Diploma dan 30 orang penerima Ijazah Sarjana Muda sahaja.
Program Diploma: RM300.00
Program Ijazah Sarjana Muda: RM800.00
Syarat Umum
Antara syarat umum bagi bantuan ini adalah:
- Merupakan warganegara Malaysia.
- Bersekolah atau bermastautin dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai.
- Telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (dalam atau luar negara).
- Menyambung pengajian kali pertama ke Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

Permohonan
Muat turun borang permohonan di sini.
Isi borang dengan lengkap dan sertakan dokumen yang diperlukan.
Hantar borang yang lengkap serta semua dokumen ke alamat berikut:
Yayasan Sejahtera Kulai,
No 156 A, Jalan Susur Kulai 3,
81000 Kulai,
Johor Darul Takzim.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 September 2022 (Rabu) jam 3.00 petang.
Dokumen sokongan
Berikut adalah senarai dokumen sokongan:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran Isi Rumah.
- Salinan Slip Gaji/Bukti Pendapatan Isi Rumah.
- Salinan SPM/Matrikulasi/STPM/STAM.
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke IPT.
- Salinan Kad OKU (jika berkenaan).
- Salinan Rekod Kesihatan / Temujanji Hospital (jika berkenaan).
Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Kemasukan Ke IPTA@ IPTS, sila hubungi Pejabat Yayasan Sejahtera Kulai di talian 07-6605348.
Sumber: https://www.facebook.com/229222377544027/posts/1456678558131730/