Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) kini menawarkan Tajaan Zakat Kedah bagi pengajian Sekolah Zakat Kedah dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kedah bagi kemasukan Tingkatan 1 sesi persekolahan 2023. Pelajar yang terpilih akan ditempatkan di sekolah tajaan Lembaga Zakat Negeri Kedah di setiap daerah.
Permohonan
Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia (pelajar, ibu dan bapa, penjaga hendaklah warganegara Malaysia) dan beragama Islam.
- Anak negeri Kedah atau sedang bermastautin/menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
- Umur 13 tahun pada tahun 2023.
- Keutamaan kepada Asnaf Miskin.
Nota: Pemohon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Cara Memohon
- Layari Sistem Pengurusan Sekolah LZNK atau imbas kod QR yang tertera pada poster
- Klik pada ‘Pendaftaran Pelajar’ untuk mulakan proses permohonan.
- Pilih sekolah dan masukkan no kad pengenalan diikuti dengan butang ‘Semakan.’
- Jika carian daftar nama tidak ditemui, klik butang ‘Daftar Di Sini.’
- Isi maklumat pada setiap paparan dan klik butang ‘Simpan dan seterusnya.’
- Lengkapkan permohonan sehingga tamat.
- Buat pengesahan untuk melengkapkan permohonan tersebut.
Nota: Pemohon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Temuduga (Ujian Pemilihan Pelajar Sekolah Zakat Kedah – UPPSZK) yang dijangka bakal diadakan pada Februari 2023
Tarikh Tutup Permohonan
Ibu bapa yang berminat untuk dapatkan tajaan pengajian buat anak-anak boleh kemukakan permohonan secara online sebelum 14 Januari 2023.
Untuk keterangan lanjut mengenai Tajaan Zakat Kedah bagi pengajian sekolah, sila hubungi talian berikut:
Bahagian Pendidikan Zakat Kedah: 04-7331740
Bahagian Lembaga Pengurusan Sekolah Zakat Kedah: 013-4463071
Anda juga boleh layari laman sesawang Zakat Kedah untuk dapatkan info lanjut.