Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA (SKIPMA) merupakan satu insentif yang diperkenalkan oleh MARA kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMA) untuk kemudahan pendidikan sepanjang tempoh pengajian pelajar.
Kadar pinjaman
Amaun maksimum sebanyak RM 3000.00 akan diberikan kepada pelajar yang layak.
Syarat kelayakan
- Pelajar serta ibu atau bapanya berstatus Bumiputera;
- Pelajar yang menjalankan pengajian di IPMA secara sepenuh masa bagi peringkat berikut:
Persediaan / Pra-Universiti | Umur tidak melebihi 20 tahun |
Sijil | Umur tidak melebihi 35 tahun |
Diploma | Umur tidak melebihi 35 tahun |
Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda) | Umur tidak melebihi 45 tahun |
- Perlu mempunyai baki pengajian tidak melebihi satu tahun daripada tarikh permohonan dibuat untuk pelajar baharu atau pelajar sedia ada yang aktif;
- Hanya satu kali sahaja permohonan boleh dilakukan bagi setiap pengajian. Pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi adalah layak dipertimbangkan pinjaman komputer seterusnya, tertakluk kepada pinjaman komputer dahulu telah diselesaikan;
- Pelajar yang telah menerima tajaan daripada penaja/pihak lain adalah tidak layak memohon SKIPMA.

Permohonan
Jika anda berminat, anda boleh memohon secara atas talian melalui pautan ini. Selain itu, anda boleh melakukan permohonan melalui wakil IPMA di institusi pengajian masing-masing; bermula 04 April 2022 sehingga 18 April 2022.