Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah membuka permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal khusus untuk pelajar berpotensi dari golongan yang memerlukan bagi kemasukan ke Tingkatan 4 dan 5 sesi persekolahan tahun 2022.
Manfaat Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk
- Biasiswa tahunan
- Tuisyen tajaan
- Peluang menyertai program-program kecemerlangan anjuran MAIPk
Syarat kelayakan
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Bermastautin di Negeri Perak.
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).
- Permohonan hanya terbuka kepada pelajar tingkatan satu (1), empat (4) dan lima (5) sahaja.
- Aktif dalam penglibatan Kokurikulum.
- Tergolong dalam Asnaf Fakir / Miskin (tertakluk had kifayah).
- Tidak menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) atau bantuan daripada mana-mana pihak /agensi.

Permohonan
Permohonan ini dibuka sehingga 15 April 2022. Borang permohonan boleh didapatkandi pejabat MAIPk terdekat atau muat turun di sini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.maiamp.gov.my/index.php/en/info/news/1696-skim-biasiswa-pelajaran-baitulmal.html
Sumber:
https://www.maiamp.gov.my/index.php/en/info/news/1696-skim-biasiswa-pelajaran-baitulmal.html