Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah membuka pendaftaran TUNAS untuk sesi 2022. Program subsidi yuran tadika sebanyak RM50 sebulan akan diberikan kepada ahli yang layak.
Bantuan ini juga akan disalurkan terus kepada Tabika yang mempunyai sijil pendaftaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), dan Jabatan Perpaduan Negara (JPN).
Syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia (seperti yang tertera di Mykad); DAN Sama ada
- Ibu atau bapa kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor ATAU;
- Anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor ATAU;
- Ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun(bagi yang bukan kelahiran luar Selangor).
- Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja
- Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja.
- Pendapatan isi rumah RM3000 kebawah.

Permohonan
Untuk semak senarai tadika yang berdaftar, klik di sini.
Cara-Cara Memohon
- Permohonan bantuan kewangan ini boleh dikemukan secara atas talian melalui Laman Sesawang Rasmi TUNAS.
- Pemohon perlu mencetak Borang Permohonan yang lengkap dan lampirkan bersama dokumen sokongan.
Senarai Dokumen Sokongan
- Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak.
- Salinan MyKad Ibu.
- Salinan MyKad Bapa.
- Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu).
- Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja Perlu pengesahan daripada Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat.
- Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja Perlu pengesahan daripada Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat.
- Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar.
Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu Dilampirkan:
- Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah ibu.
- Cop Pengesahan Bermastautin (Bagi Permohonan Baru Sahaja).
Dokumen tersebut perlulah dihantar (dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh pendaftaran atas talian yang telah dibuat) ke emel pendaftarantunas@gmail.com atau ke alamat:
Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Sebarang maklumat lanjut, sila layari Laman Sesawang Rasmi TUNAS.
Sumber: Laman Sesawang Rasmi TUNAS