Khas untuk siswa kelahiran Johor, Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor dibuka untuk yang sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat Diploma dan Ijazah.
Kadar bantuan
Sebanyak RM 500 akan diberikan kepada siswa yang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma manakala sebanyak RM 1,000 akan diberikan kepada siswa yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah.
Syarat kelayakan
- Siswa yang lahir dan menetap di negeri Johor;
- Permohonan ini hanya terbuka buat siswa tahun 1 Diploma serta Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih iaitu Kolej YPJ, EDUCITY dan Marsah serta telah mendapatkan surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi;
- Tempoh masa kursus pengajian adalah selama satu tahun atau lebih;
- Pendapatan ibu bapa / penjaga siswa tidak melebihi RM 4,000 sebulan. Manakala, RM 4,001 sehingga RM 5,000 sebulan untuk jumlah tanggungan yang melebihi 5 orang ke atas;
- Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian dan tidak menerima apa apa tajaan/bantuan dari agensi lain.

Permohonan
Anda boleh melakukan permohonan secara atas talian melalui pautan ini. Tarikh permohonan bermula dari 11 April 2022 sehingga 23 April 2022.
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan ini.