Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) menyediakan bantuan yuran TASKA atau Nurseri sebanyak RM100 setiap bulan yang dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.

Syarat kelayakan

  • Warganegara malaysia
    • Dilahirkan dan menetap di Selangor atau
    • Telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun (perlukan pengesahan dari ketua kampung/pengerusi taman perumahan)
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah
  • Suami dan isteri bekerja
  • Anak berumur 4 tahun dan ke bawah
  • Terhad kepada 2 orang anak sahaja
  • Taska berdaftar dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
  • Ibu dan bapa adalah pengundi berdaftar di SPR (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia)
Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar

Permohonan

Permohonan ditutup pada 15 haribulan setiap bulan. Untuk permohonan kali pertama boleh dilakukan di sini dan sertakan sekali dokumen sokongan berikut;
  • Borang pendaftaran online yang dicetak dari sistem
  • Salinan sijil kelahiran anak yang dipohon
  • Salinan MyKad Ibu
  • Salinan MyKad Bapa
  • Slip gaji ibu (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah)
  • Slip gaji bapa (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah)
  • Cop pengesahan mastautin (bagi bukan kelahiran Selangor)
  • Salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa.

*Dokumen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke alamat berikut:
 Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
 Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
 Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
 Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
 Selangor Darul Ehsan
 No Tel 03-5481 8800

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://asuhpintarv2.yawas.my/web/

Sumber:

https://asuhpintarv2.yawas.my/web/

INISIATIF TERKINI

Pendidikan

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Pendidikan