Lembaga Zakat Negeri Kedah telah menyediakan agihan kepada pelajar yang berkelayakan melanjutkan pelajaran ke Mesir, Jordan dan Indonesia.
Agihan ini hanya diberikan sekali bagi setiap tahun pengajian berdasarkan keputusan peperiksaan sesi pengajian tahun 2021/2022. Skim ini juga menggunakan peruntukan daripada asnaf fisabilillah yang diuruskan oleh Divisyen Pendidikan Zakat Kedah mengikut hukum syarak.
Kadar Agihan Zakat
Kadar Agihan Zakat Ke Mesir
Keputusan | Jumlah |
Mumtaz | RM 10,000.00 |
Jayyid Jiddan | RM 8,000.00 |
Jayyid | RM 6,000.00 |
Maqbul | RM 3,000.00 |
Kadar Agihan Zakat Ke Jordan
Keputusan | Jumlah |
Mumtaz | RM 15,000.00 |
Jayyid Jiddan | RM 12,000.00 |
Jayyid | RM 9,000.00 |
Maqbul | RM 6,000.00 |
Kadar Agihan Zakat Ke Indonesia
Keputusan | Jumlah |
A (3.50 – 4.00) | RM 6,000.00 |
B (3.00 – 3.49) | RM 5,000.00 |
C (2.00 – 2.99) | RM 4,000.00 |
Syarat-Syarat Kelayakan
Syarat Umum
- Pemohon mestilah beragama Islam.
- Pemohon sedang bermastautin/menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
- Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan / dermasiswa / biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan / institusi kewangan dalam dan luar negeri Kedah
Syarat-syarat Khusus
Mesir
- Bagi pemohon yang mendapat pinjaman adalah LAYAK untuk memohon.
- Bantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian dan berada di Pusat Bahasa.
Jordan
- Pemohon melanjutkan pengajian di peringkat IJAZAH PERTAMA SAHAJA
- Bantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian.
Indonesia
- Bagi pemohon yang mendapat pinjaman adalah LAYAK untuk memohon.
- Pemohon melanjutkan pengajian di peringkat IJAZAH PERTAMA SAHAJA.
- Bantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian.
Untuk mengetahui syarat-syarat permohonan dengan lebih lanjut, boleh rujuk di sini.
Permohonan
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka sehingga 4 Mac 2023
Langkah Memohon
Pemohonan boleh dilakukan secara atas talian (online) di laman sesawang Lembaga Zakat Negeri Kedah atau klik pada pautan di bawah:
Panduan Memohon
Untuk panduan memohon, sila rujuk di sini.
Dokumen sokongan
- Salinan kad pengenalan pemohon (pelajar)
- Salinan kad pengenalan ibu, bapa ATAU penjaga
- Surat pengesahan Bermastautin. Borang boleh dimuat turun di sini.
- Surat akuan belajar Sesi 2022/2023 daripada pihak Universiti atau daripada Majlis Persatuan Pelajar
- Keputusan peperiksaan yang terkini (Sesi 2021/2022) daripada pihak Universiti atau daripada Majlis Persatuan Pelajar
- Salinan akaun bank pemohon
- Surat akuan pelajar tidak menerima bantuan yang disahkan oleh Majlis Persatuan Pelajar (sila dapatkan format surat daripada Majlis Persatuan Pelajar.
Jika anda mempunyai sebarang soalan atau inginkan maklumat lanjut, sila hubungi:
- Atase Pendidikan Kedah (bagi penuntut di Timur Tengah)
- Persatuan Pelajar Anak Kedah Mesir/Jordan/Indonesia
Atau
Bahagian Pendidikan
Aras 3, Menara Zakat, Jalan Telok Wan Jah
05200 Alor Setar
No Tel: 04-7331740
Whatsapp : 013-4592071