Kementerian Belia dan Sukan menawarkan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan kepada atlet yang sedang menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Pertama di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Skim Biasiswa Sukan Persekutuan ini akan diberikan kepada atlet-atlet yang masih bergiat aktif dalam bidang sukan, sekurang-kurangnya dapat mewakili IPT Malaysia ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) atau mewakili Negeri dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) atau mana-mana Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf.
Syarat kelayakan
Untuk mengetahui syarat kelayakan dengan lebih lanjut, anda boleh melayari pautan ini.

Permohonan
Jika anda berminat, anda boleh mendaftar secara atas talian melalui pautan ini dan klik pada e-Biasiswa. Anda boleh melakukan permohonan ini bermula tarikh 15 April 2022 sehingga 30 April 2022.
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan ini.
Sumber:
https://www.facebook.com/photo?fbid=347151030776691&set=a.222522003239595