Permohonan Young Talent Development Programme MARA (YTP 2022)

Permohonan Young Talent Development Programme MARA (YTP 2022) merupakan satu insentif tajaan yang diperkenalkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang berbentuk Pinjaman Boleh Ubah khas buat pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2021.

Kadar pinjaman

  • Pinjaman pelajaran di peringkat persediaan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan. 
  • Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung. 
  • Pinjaman pelajaran akan diteruskan sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Syarat kelayakan

  • Pemohon serta ibu atau bapa mestilah berwarganegara Malaysia dan berstatus Bumiputera; 
  • Ibu, bapa, penjaga, penjamin dan pemohon tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA; 
  • Pemohon masih belum menerima apa-apa bantuan kewangan serta tajaan dari mana-mana badan agensi dan penaja untuk pengajian pada peringkat yang sama; 
  • Lulus pemeriksaan kesihatan; 
  • Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama bagi tahun 2021
Permohonan Young Talent Development Programme MARA (YTP 2022)

Permohonan

Kepada pelajar yang berminat, anda perlu mendaftar sebagai pengguna baharu melalui pautan ini. Setelah itu, anda boleh terus melakukan permohonan secara dalam talian melalui Portal Mara melalui pautan ini, bermula dari 17 Jun 2022 sehingga 27 Jun 2022.

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan ini.

Sumber:

https://www.facebook.com/MajlisAmanahRakyat/posts/pfbid0QUGYE8Z9a5bJKT34zbaF7V2q7TZpnvyam4w9dJU7kWabX6CZVMDiUPVpQzq6VTnPl

INISIATIF TERKINI

Pendidikan

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Pendidikan