PERMOHONAN SUMBANGAN PENDIDIKAN ZAKAT ANAK SELANGOR 2023 (SPZAS)

Perhatian buat semua pelajar sekolah rendah, menengah, IPT dalam & luar negara, kelahiran negeri Selangor, anda kini berpeluang memohon Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) 2023. SPZAS adalah salah satu bantuan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertujuan meringankan beban kos pendidikan.

Kadar Bayaran

Sumbagan ini adalah secara one-off bagi setiap peringkat pelajaran (rujuk poster). Berikut merupakan kadar bayaran yang diberikan:

IPT Dalam Negara: RM700
IPT Luar Negara: RM1,000 hingga RM2,500
Prasekolah / Tadika : RM200 (per tanggungan)
Sekolah Rendah Kebangsaan : RM200 (per tanggungan)
Sekolah Rendah Agama : RM200 (per tanggungan)
Sekolah Menengah : RM200 (per tanggungan)

SPZAS IPT
SPZAS SEKOLAH RENDAH & MENENGAH

Permohonan

Para pelajar boleh membuat permohonan ini bermula dari 3 Oktober hingga 3 Disember 2022 secara dalam talian melalui pautan Zakat Selangor atau imbas kod QR yang tertera pada poster.

Tempoh kelulusan dan bayaran sumbangan ini adalah dalam masa 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat.

Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon secara EFT (Electronic Fund Transfer).

Dokumen Sokongan
  • Kad Pengenalan Pemohon
  • Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga
  • Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga
  • Bil api/bil air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  • Slip gaji atau *Borang Pengesahan Pendapatan Terkini(Bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  • *Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap yang terkini/semasa (bagi pelajar IPT luar negara pengesahan adalah melalui Pegawai Atas Pendidikan Selangor)
  • *Borang Pengesahan Permastautinan yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  • Penyata Akaun Bank Pemohon yang masih aktif (Bagi Pengesahan No Akaun Bank)
  • Kad OKU (Jika Berkenaan)
  • Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan)
  • Pasport dan Visa pemohon (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara)

Nota: Borang-borang ini boleh dimuat turun di www.zakatselangor.com.my/spzas.

Syarat-syarat kelayakan

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Ketua keluarga / penjaga lahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
  • Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM11,000.
  • Dokumen sokongan sila rujuk pautan www.zakatselangor.com.my/spzas atau imbas kod QR yang dipaparkan dalam poster di atas.

Nota: Permohonan adalah untuk BUKAN asnaf fakir, miskin & mualaf. Buat asnaf fakir, miskin & mualaf berdaftar, boleh memohon terus https://pendidikan.zakatselangor.com.my

Jika pemohon mempunyai sebarang persoalan, sila menghubungi Talian Zakat Selangor di 1300-88-4343.

Sumber:
https://www.zakatselangor.com.my/spzasipt/
https://www.zakatselangor.com.my/spzasrm/

INISIATIF TERKINI

Pendidikan

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Pendidikan