PERMOHONAN SKIM INSENTIF ANAK PENEROKA (SIAP)

Permohonan Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) kini dibuka. Skim ini merupakan hadiah insentif buat anak-anak peneroka lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) yang bekerjasama dengan FELDA.

Insentif diberikan hanya sekali kepada setiap anak peneroka sama ada ke peringkat Diploma/Ijazah Dalam Negara/Ijazah Luar Negara. Insentif diberikan secara one-off.

Kadar insentif adalah seperti berikut:

Peringkat PengajianKadar
DiplomaRM500.00
Ijazah Dalam Negara RM1,000.00
Ijazah Luar NegaraRM1,500.00

Syarat-Syarat Permohonan:

  • Pemohon merupakan anak kandung/anak tiri/anak angkat yang didaftarkan (salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat perlu dilampirkan) yang bermastautin di tanah rancangan FELDA
  • Had umur bagi pemohon peringkat diploma adalah 18 hingga 23 tahun, manakala pemohon peringkat ijazah adalah 18 hingga 25 tahun.

Mana-mana pemohon yang tergolong dalam kategori di bawah adalah TIDAK LAYAK untuk memohon:

  • Pelajar yang mendapat tawaran ke matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Peneroka/anak peneroka yang menetap di luar kawasan rancangan FELDA
  • Pelajar peringkat Asasi/Sijil/Pra/Briged Politeknik/ Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD)
  • Pelajar yang menjalankan pengajian secara separuh masa, Program Jarak Jauh (PJJ), atau telah bekerja
  • Pemohon di bawah program tajaan FELDA yang lain

Permohonan:

Calon mesti mendapatkan borang permohonan di Pejabat FELDA berhampiran. Lengkapkan borang permohonan beserta lampiran dokumen-dokumen berkaitan, dan hantar ke pejabat FELDA berhampiran.

Dokumen sokongan:

  • Surat tawaran kemasukan ke UA/US yang disenaraikan oleh FELDA
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan peneroka
  • Salinan penyata peneroka yang terkini

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.felda.gov.my/peneroka/perkhidmatan/bantuan-pinjaman-pendidikan.

Sumber: Laman Sesawang FELDA

INISIATIF TERKINI

Pendidikan

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Pendidikan