Yayasan Pelajaran Johor menyediakan bantuan untuk mereka yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT). Penerima akan menerima bantuan sebanyak RM500 bagi peringkat diploma dan RM1000 bagi peringkat ijazah sarjana muda. Syarat-syarat am permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:
- Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor
- Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY & Marsah)
- Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi
- Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;
- Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;
- Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;
- Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.
- Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar YPJ
Cara permohonan dan maklumat lanjut boleh didapatkan di pautan http://portal.ypj.gov.my/skim-bantuan-pendaftaran-sbp/.
Sumber;