PERMOHONAN PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC) TAHUN 2022 

Para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang lepasan Ijazah Pertama/Sarjana tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran layak untuk penajaan Program Pelajar Cemerlang Tahun 2022.

Penajaan ini merupakan pinjaman boleh ubah (PBU).

Syarat Umum:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 26 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana, dan 30 tahun bagi peringkat Kedoktoran (PhD) pada tahun permohonan
  • Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA
  • Tidak menerima mana-mana bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama
  • Merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat Ijazah Pertama/Sarjana

Permohonan:

Permohonan dibuka melalui atas talian di sini mulai 15 Julai 2022, 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022, 5.00 petang.

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan kepada penajaan2022@jpa.gov.my (aktif sepanjang tempoh permohonan dibuka sahaja).

Sumber: https://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/index.php

INISIATIF TERKINI

Pendidikan

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Pendidikan