PERMOHONAN PROGRAM KHAS IJAZAH LUAR NEGARA (PKILN) TAHUN 2022

Permohonan anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam ini terbuka kepada semua pelajar cemerlang lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Persediaan untuk menyambung pelajaran bagi peringkat pengajian Ijazah Pertama dalam bidang yang dikenal pasti di mana-mana universiti terkemuka dunia. Penajaan ini merupakan pinjaman boleh ubah (PBU).

Syarat Umum:

  • Warganegara Malaysia
  • Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA
  • Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama
  • Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (atau 23 tahun bagi pelajar peralihan)

Permohonan:

Permohonan dibuka melalui atas talian di sini mulai 15 Julai 2022, 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022, 5.00 petang.

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan kepada penajaan2022@jpa.gov.my (aktif sepanjang tempoh permohonan dibuka sahaja).

Sumber: https://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/index.php

INISIATIF TERKINI

Pendidikan

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Pendidikan