Untuk para pelajar lepasan Diploma tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah Program Dermasiswa B40 (DB40) yang mendapat keputusan cemerlang, anda layak untuk memohon penajaan program Diploma To Bachelor bagi tahun 2022. Dengan penajaan ini, anda boleh menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) termasuk Government Linked Universities yang telah dikenal pasti.
Syarat Umum:
- Warganegara Malaysia
- Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA
- Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama
Syarat Khusus:
- Tempoh pengajian maksimum bagi Ijazah Pertama adalah 4 tahun.
- Pelajar perlu memulakan pengajian Ijazah Pertama sepenuh masa sebelum atau pada 31 Disember 2022 di Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang dikenal pasti sahaja.

Permohonan:
Permohonan dibuka melalui atas talian di sini mulai 15 Julai 2022, 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022, 5.00 petang.
Sebarang pertanyaan boleh disalurkan kepada penajaan2022@jpa.gov.my (aktif sepanjang tempoh permohonan dibuka sahaja).