Permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2022 

Kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 yang datang daripada golongan B40, anda layak untuk memohon Program Dermasiswa B40 tahun 2022 anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam Jabatan Perdana Menteri.

Syarat Umum:

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA
  • Menduduki peperiksaan SPM 2021 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian
  • Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki
  • Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah

Permohonan

Permohonan ini dibuka secara atas talian di sini bermula 15 Julai 2022, jam 5.00 petang hingga 24 Julai 2022, jam 5.00 petang.

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan kepada penajaan2022@jpa.gov.my (aktif sepanjang tempoh permohonan dibuka sahaja).

Sumber: https://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/index.php

INISIATIF TERKINI

Pendidikan

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Pendidikan