Permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia fasa 2 masih dibuka. Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan satu inisiatif kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti kepada setiap pelajar B40 yang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Berikut merupakan antara syarat-syarat kelayakan untuk memohon Peranti Siswa Keluarga Malaysia.
- Warganegara Malaysia
- Daripada kategori keluarga B40 dengan pendapatan isi rumah di bawah RM4,850
- Sedang mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda di bawah Kementerian Pengajian Tinggi atau Kementerian Pendidikan Malaysia;
- Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022
- Mengikuti pengajian secara sepenuh masa
- Tidak menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah inisiatif kerajaan

Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang peranti siswa.
Untuk pendaftaran baharu, klik di sini.
Untuk log masuk akaun tersedia, klik di sini.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang PerantiSiswa KKMM.
Sumber: Laman Sesawang PerantiSiswa KKMM