Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2023

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka permohonan bagi mereka yang berkelayakan bagi mengisi permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) atau King Scholarship tahun 2023.

Biasiswa ini dibuka bagi mereka yang ingin mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang atau Kewangan Islam di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia.

Bidang Pengajian yang Ditaja

Bidang pengajian yang ditaja di bawah BYDPA adalah:
1. Sains dan Teknologi
2. Ekonomi
3. Undang-Undang
4. Kewangan Islam
Sub-bidang pengajian bagi bidang-bidang di atas boleh rujuk di sini.

Permohonan

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka sehingga 3 Mac 2023 (Jumaat).

Syarat-Syarat Permohonan
Syarat-Syarat Umum
  • Warga Negara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2023.
Syarat-Syarat Khusus
  • Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang di peringkat pengajian:
    • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau
    • kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Sarjana; atau
    • Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setara dengannya bagi calon Ph.D;
  • Telah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun 2023 di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian seperti di Lampiran 1 dan Lampiran 2 masing-masing (rujuk di sini)
  • Telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun 2023 di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian seperti di Lampiran 1 dan Lampiran 2 masing-masing (rujuk Lampiran 1 dan Lampiran 2 di sini)
  • Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan, disertai atau tesis
  • Terlibat dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya iaitu:
    • Calon Sarjana: Penglibatan calon secara aktif adalah satu kelebihan;
    • Calon Ph. D: Penglibatan calon adalah wajib (calon tiada penglibatan dianggap tidak memenuhi syarat dan tidak akan disenarai pendek untuk temu duga).
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum atau aktiviti kemasyarakatan.

Nota : Selain daripada syarat-syarat di atas, pemohon dalam kalangan penjawat awam masih tertakluk kepada syarat-syarat cuti belajar yang berkaitan.

Cara Memohon
  • Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal esila JPA sehingga 3 Mac 2023.
  • Ruangan perakuan Ketua Jabatan di dalam borang permohonan perlu dilengkapkan oleh pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja.
  • Dokumen permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 10 Mac 2023 (Jumaat) sama ada melalui serahan tangan atau melalui pos ke alamat berikut:

Ketua Pengarah

Jabatan Perkhidmatan Awam

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Aras 3, Blok C2, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Keraiaan Persekutuan

62510 PUTRAJAYA

(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Dokumen Yang Diperlukan

Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dicetak, ditandatangani serta dikemukakan kepada pihak JPA bersama-sama dengan dokumen- dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan ijazah pertama atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan bagi permohonan peringkat Sarjana dan Ph.D);
  • Salinan Ijazah Sarjana atau setara (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan – bagi permohonan peringkat Ph.D);
  • Surat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) daripada universiti/institusi pengajian atau slip/pengesahan pendaftaran semester pertama pengajian;
  • Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian/pengesahan penglibatan dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya yang disahkan oleh pegawai berkelayakan untuk calon Sarjana (sekiranya ada) tetapi wajib untuk calon Ph.D.
  • Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian/pengesahan penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum/aktiviti kemasyarakatan yang disahkan oleh pegawai berkelayakan.
  •  Kertas cadangan penyelidikan (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara. Panduan menulis kertas cadangan penyelidikan boleh dirujuk di sini.
  • Borang JPA(L)LDP1A/96 yang telah dilengkapkan dan ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitandokumen ini hanyalah untuk pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja.

Untuk maklumat lanjut tentang Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA 2023);

• Layari portal http://esilav2.jpa.gov.my atau

• Hubungi talian 03 – 8885 3053 / 3571 atau

• e-mel kepada penawaranldp@jpa.gov.my

INISIATIF TERKINI

Pendidikan

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Pendidikan