Untuk para pelajar kelahiran negeri Pulau Pinang yang bakal melanjutkan pelajaran ke IPTA, IPTS atau Politeknik di seluruh Malaysia, anda kini boleh memohon bantuan i-BITA oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
i-BITA adalah sebuah sistem atas talian Sistem Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Kadar Bantuan
Jumlah bantuan (berbentuk cek) adalah seperti berikut:
Universiti di Semenanjung = RM1,000
Universiti Sabah dan Sarawak = RM1,200
Politeknik Malaysia = RM300

Permohonan
Permohonan atas talian Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (i-BITA) dibuka sehingga 30 September 2022 bagi sesi kemasukan Diploma atau Ijazah.
Permohonan hanya boleh diproses selepas dokumen & bukti lengkap diterima (hardcopy).
Berikut adalah langkah untuk membuat permohonan Bantuan i-BITA.
1. Layari Laman Web i-BITA (https://ibita.penang.gov.my/)
2. Lengkapkan Borang Permohonan / Pendaftaran Online. Pemohon WAJIB mengisi borang permohonan secara atas talian.
3. Hantar Borang Manual & Dokumen Sokongan Ke PDT. Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga atau wakil boleh menghantar borang beserta dokumen sokongan ke Pejabat Daerah dan Tanah (Bahagian Khidmat Pengurusan) yang berhampiran untuk memproses borang permohonan.
Dokumen sokongan
Senarai dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan yang telah dicetak melalui portal i-BITA :
- Salinan surat tawaran ke IPT.
- Slip bayaran yuran pendaftaran IPT.
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar.
- Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa atau Penjaga.
- Salinan Penyata Gaji terbaru/ Kad Persara/ borang pengesahan pendapatan Ibu/ Bapa/Penjaga. Ibu/Bapa/ Penjaga yang tiada pendapatan tetap perlu membuat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. (Bagi pesara, penyata pencen wajib dikemukakan).
- Salinan borang EA (penyata gaji tahunan) sekiranya bekerja sendiri.
*Semua dokumen sokongan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Daerah / Guru Besar Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan / Pensyarah / Profesor / Pendaftar Universiti / Jaksa Pendamai / Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu-Penghulu Kerajaan sahaja.
Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh menghubungi Pejabat Daerah dan Tanah yang memproses borang permohonan mengikut daerah masing-masing di portal I-BITA.
Sumber: https://ibita.penang.gov.my/public/index.php