Baru-baru ini, Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri mengumumkan pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada graduan yang berjaya pengajian ijazah sarjana muda dalam kategori kelas pertama.
Menurut beliau, keistimewaan ini diberikan kepada graduan yang menamatkan pengajian pada tahun 2019 dan seterusnya, tanpa mengira status bangsa, agama serta ekonomi.
Menurutnya beliau lagi, hal ini adalah sebagai dorongan buat anak-anak Keluarga Malaysia untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran.

Untuk mendapatkan pengecualian bayaran balik PTPTN, graduan mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa
- Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama disahkan oleh IPT
- Menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan dalam dokumen tawaran pinjaman PTPTN
- Tiada pertindihan penajaan lain
- Mengemukakan permohonan dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen
- Dalam kategori keluarga B40 atau M40 berdasarkan maklumat pendapat dalam permohonan pengecualian bayaran balik
Permohonan boleh dibuat melalui pautan di bawah.
https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama
Semakan status permohonan pengecualian bayaran balik PTPTN boleh diketahui dalam tempoh 60 hari selepas permohonan melalui 2 kaedah:
- Semakan di portal PTPTN
*hubungi Careline PTPTN (03-2193 3000) untuk dapatkan nombor pinjaman
- Surat status permohonan pengecualian bayaran balik PTPTN akan dihantar ke alamat surat-menyurat peminjam seperti yang dinyatakan dalam permohonan.
Untuk info lanjut mengenai pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN, boleh layari laman sesawang PTPTN atau Facebook Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Sumber:
https://www.kosmo.com.my/2022/07/27/pengecualian-bayaran-balik-ptptn-diperkenalkan-semula/