Penajaan Program Ijazah dalam Negara (PIDN) JPA 2022

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah melanjutkan tempoh permohonan untuk Penajaan Program Ijazah dalam Negara (PIDN) 2022 khas untuk calon-calon yang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di
  • Universiti Awam (UA), 
  • Politeknik Premier dan 
  • Government-Linked Universities (GLU) yang telah ditetapkan oleh JPA.

Syarat Umum PIDN

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama;
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
  • Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).
Penajaan Program Ijazah dalam Negara (PIDN) JPA 2022

Permohonan

Permohonan boleh dilakukan sehingga 31 Mac 2022 (jam 11.59 malam) secara atas talian di https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PIDN

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di sini atau layari https://esilav2.jpa.gov.my/. Sebarang pertanyaan boleh diemelkan ke pidn2022@jpa.gov.my.

Sumber:

https://esilav2.jpa.gov.my/

INISIATIF TERKINI

Pendidikan

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Pendidikan