Yayasan Bank Rakyat telah membuka permohonan untuk Pembiayaan Boleh Ubah 2022 bagi pelajar di peringkat pengajian berikut;
Sijil Kemahiran
Diploma kemahiran
Diploma
Ijazah Sarjana Muda
Sarjana
Sijil Professional
Syarat kelayakan
Pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa di IPTA, IPTS atau Institusi Latihan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
Dibuka untuk semua bidang pengajian kecuali kursus Perubatan dan Penerbangan (Lesen) serta keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut;
Perakaunan
Perbankan
Pengurusan Perniagaan
Sumber Manusia
Ekonomi
Komunikasi Media
Undang-undang
Sains Aktuari
Kedoktoran PHD, Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian.
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) dan Sijil Kemahiran lain diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia yang berkaitan.
Permohonan
Permohonan telah dibuka sehingga 15 Mac 2022 dan boleh dilakukan secara atas talian di sini.
Pembiayaan Boleh Ubah Bank Rakyat 2022
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di sini atau hubungi talian +603 2612 9600.