Permohonan Insentif Kejora Bakti Siswa kini dibuka khas untuk pelajar B40 melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi yang disediakan oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
Kadar insentif
Diploma | RM500 |
Ijazah Sarjana Muda | RM1,000 |
Syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Penduduk wilayah KEJORA, permohon yang menetap di luar wilayah KEJORA adalah tidak dibenarkan
- Keutamaan bagi keluarga yang disahkan sebagai miskin tegar/miskin/berpendapatan rendah (B40)
- Pemohon lepasan SPM atau STPM tahun semasa atau sekurang-kurangnya satu tahun sebelumnya
- Berjaya dan bersetuju melanjutkan pengajian di IPT Awam atau Swasta yang ditawarkan sama ada peringkat diploma atau ijazah sarhana muda pada tahun semasa permohonan
- Had umur pemohon semasa permohonan dibuat;
- Peringkat diploma: 18 – 20 tahun
- Peringkat ijazah sarjana muda: 20 – 25 tahun

Permohonan
Permohonan boleh dilakukan sehingga 31 Disember 2022 secara dalam talian di sini.
Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk di sini atau hubungi;
Encik Amir Hafizal: 07 – 8843000 (3085)
Cik Norniza: 07 – 8843000 (3086)
Sumber:
https://www.facebook.com/photo?fbid=409603004545476&set=a.228182446020867